Cara nak ambil sedikit petikan dari petikan sediaada.
Macam mana nak ambil sedikit petikan dari laman web sendiri?
Script ini sesuai untuk nak buat RSS atau pun nak paparkan sedikit ayat dari ayat keseluruhan artikel dari laman web di muka hadapan selepas tajuk artikel.
Contoh 1
<?
$huruf=20; // bilangan huruf yang hendak dipaparkan dari keseluruhan ayat.
$ayat="Saya suka makan rendang, hari-hari saya makan nasi dengan rendang";
$petikan = substr($ayat, 0, $huruf);
echo $petikan;
echo "...";
?>
Keputusan yang akan diperolehi dari script diatas.
"Saya suka makan rend..."
Ermm ayat tak habis. rend apa yer? "Saya suka makan rend..."
Jom habiskan perkataan rend menjadi rendang di contoh 2
Contoh 2
<?
$huruf=20; // bilangan huruf yang hendak dipaparkan dari keseluruhan ayat.
$ayat="Saya suka makan rendang, hari-hari saya makan nasi dengan rendang";
$petikan= substr($ayat,$huruf,1); // nie tak sama macam contoh 1 tau..
// tambahan semakan ayat.
if($petikan !=" "){ // sekiranya ayat akhir bukan tempat kosong " "(space) .
while($petikan !=" "){
$i=1;
$huruf=$huruf+$i; // automatik tambah bilangan huruf selagi tak jumpa tempat kosong.
$ayat="Saya suka makan rendang, hari-hari saya makan nasi dengan rendang";
$petikan= substr($ayat,$huruf,1);
}
}
$petikan = substr($ayat,0,$huruf); // Papar masej lengkap.
echo $petikan;
echo "...";
?>
Keputusan yang akan diperolehi dari script diatas.
"Saya suka makan rendang,..."
Currently have 0 ulasan: